Pages

Sunday, March 11, 2012

Artist Zarina Anjoulie Bakal Bernikah, Mahu Tamatkan Kontroversi



Zarina Anjoulie Lavocah. Siapa yang tidak kenal empunya nama yang memang sentiasa mencipta kontroversi. Yang terbaru sudah tentu kontroversi bersama Aliff Aziz, namun di Metro Ahad hari ini, Zarina mengakui yang dia bakal bernikah tidak lama lagi. Harapannya selepas bergelar seorang isteri, Zarina tidak mahu lagi ada sebarang kontroversi melanda dirinya.
Zarina yang pernah bertunang sebelum ini mengakui yang dia putus tunang kerana ada pihak yang menghantar gambar terlampau miliknya kepada keluarga bekas tunang. Kata Zarina:-Saya sama sekali tidak mahu mendedahkan siapakah bakal suami kerana takut nanti apa yang berlaku kepada bekas tunang turut berlaku kepada bakal suami. Dulu saya silap, kerana mendedahkan tunang kepada umum. Niat saya baik dan tidak mahu hipokrit, tetap apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ada orang dengki menyebarkan pelbagai cerita. Bukan itu saja, sehinggakan ada yang sanggup menghantar gambar saya sebelum ini kepada keluarga bakal mentua sehingga menyebabkan hubungan dijalin terputus. Kali ini saya mahu lebih berhati-hati. Saya tidak mahu mendedahkan identiti bakal suami sehinggalah kami selamat bernikah.

Menurut Zarina, dia melihat perkahwinan sebagai langkah terbaik untuk menghilangkan sebarang kontroversi dengan lelaki-lelaki kerana akan bergelar seorang isteri:

Saya mahu cepat bernikah kerana itulah jalan terbaik. Tambahan pula saya harap dengan keputusan dibuat ini, saya tidak lagi dikaitkan de ngan kontroversi yang boleh mengaibkan. Kalau selepas bergelar isteri ada lagi orang nak cerita buruk mengenai saya terutama mengaitkan dengan mana-mana lelaki, saya tidak tahu hendak kata apa lagi.


Dan Abang Nara nampak keinsafan sejati yang lahir daripada tulus hati Zarina apabila membaca kata-katanya apabila ditanya adakah benar bakal suaminya sudah pun berkahwin:-

Walaupun benar dia suami orang, sekurang-kurangnya kami membuat keputusan yang betul. Lebih baik saya menjadi isteri kedua, ketiga mahupun keempat, asalkan apa yang kami lakukan kelak halal di sisi agama. Berbanding orang bujang bercinta sakan sehingga melakukan perkara di luas batas, ia lebih besar dosanya. Pada saya, keputusan baik yang mahu diambil ini sepatutnya mendapat restu ramai dan didoakan yang baik-baik saja buat kami berdua.Untuk makluman, bakal suami Zarina masih bujang. Dan ada berita sedih untuk peminat Zarina yang berniat untuk menghadiri majlis perkahwinan Zarina, jemputan hanya kepada kaum keluarga dan rakat terdekat sahaja. Apa pun Abang Nara doakan segala persiapan majlis perkahwinan Zarina Anjoulie Lavocah berjalan dengan lancar hendaknya. Jangan lupa dapatkan Metro Ahad hari ini untuk berita sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment